Goodtime Food Deliveries KL/Sel

Enak. Mudah. Mengenyangkan.

Friday 3 February 2017

Kami Menerima Tempahan

Assalamualaikum..

Memandangkan kekuatan produksi kami sudah meningkat sekarang..maka kami open Goodtime Hotdog untuk tempahan.

Ni lah iklan kami.

Jadi kalau anda2 nk merasa keenakan Goodtime Hotdog kami, boleh lah call untuk tempahan.

Free delivery je.

Seluruh KL Selangor.

Sesuai bila? Bila2 je..hahah

Ni ha nombor untuk dihubungi jika ingin membuat tempahan ya :-
Ainn (013-6919528)  atau Irham (018-4712889).




Dari rumah ke "Production House" a.k.a kedai kecik kami.

Assalamualaikum..

Kepada follower dan pembaca blog ini..

Dulu, kami buat hotdog dan production dari rumah sahaja. Balik kerja sy sambung kerja tlg suami sy buat production hotdog.

Campur berperang2 dengan anak kami, Muhammad Dhiya Ul Haq..so biasanya production siap jam 1-2 am setiap hari.

Tapi alhamdulillah..baru2 ini kami dah dapat berpindah ke sebuah kedai kecil.

Dan juga mendapat dua orang part timers untuk bekerja dengan kami.

Jadi, kapasiti pembuatan kami sekarang sekitar 300 biji sehari. Tapi, pembuatan setakat ini masih dalam lingkungan 120-200 biji sehari.

Pekerja kami tu sangat terer. Beliau buat sama pantas dan sama cantik macam yang kami buat. Syukur sangat sebab kami risau juga mula2. Taknak lah customer lari disebabkan quality issues.

Ni ha, gambar production house kami :-





Ni plak gambar produk yang dah siap untuk penghantaran :-

Nota kaki : kami ada dua packaging. 
Yang untuk Petronas dalam bekas kuning tu. 
Yang untuk MyNews dalam bekas lutsinar.




Ni plak gambar produk kami di beberapa outlet yang kami supply (MyNews.com - packaging bekas lutsinar) :-




Supply di kolej2 UPM

Di UPM kami supply di dua kedai berikut :-

Kolej Canselor dan Kolej Kelima.




Tempat belajar lagi dikenang.

Kepada junior2 di UPM, moh la rasa Goodtime Hotdog kat kedai2 kolej ni ya.

Thank you so much juga kepada para pelanggan kami yang telah membeli hotdog kami selama ini.

:)

Alhamdulillah dapat supply di MyNews.com

Assalamualaikum..

Disember 2015 adalah bulan kesyukuran kami bila kami dapat tender untuk supply di rangkaian kedai MyNews.Com.


Alhamdulillah rezeki datang lagi bila kami dibenarkan supply di rangkaian kedai MyNews.com.

MyNews.Com ada 300 outlet untuk Lembah Klang sahaja.

Tapi memandangkan terma pembayaran dari pihak MyNews adalah selama 60 hari..maka dengan kekuatan modal yang ada kami kini hanya supply di rangkaian MyNews.Com berikut :-

1) MyNews KL Sentral 1
2) MyNews KL Sentral 2
3) MyNews Nu Sentral
4) MyNews IJN
5) MyNews TBS

Insyaallah jika kami sudah lebih kukuh dari segi modal, kami akn tambah outlet di rangkaian MyNews.Com berdekatan.

Jom beli Goodtime Hotdog di tempat2 di atas ya :)

Petronas pertama kami

Assalamualaikum..

Entry ni kami nk flash back masa mula2 kami masuk Petronas.


Petronas first yang kami dapat masuk adalah Petronas LDP Puchong Utama. Masa tu happy sgt and rasa mcm x percaya je dpt masuk Petronas.

Alhamdulillah sale dkt Petronas bagus.

Sekarang kami ada di beberapa Petronas sekitar Puchong, Kajang dan Seri Kembangan.

Antara outlet yang kami supply sekarang termasuklah :-

1) Petronas Puchong Gateway
2) Petronas LDP Puchong Utama
3) Petronas Seri Kembangan
4) Petronas Empire Prima Kajang
5) Petronas De Winner Kajang
6) Petronas Prima Saujana 2
7) Petronas Arinna Ent BTHO
8) Petronas Cyberjaya NGV
9) Petronas Precint 11 Putrajaya

Alhamdulillah. Jika ada mana2 owner yang mahu kami supply di outlet Petronas anda boleh lah hubungi kami. Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat menggalakkan bagi produk kami. "Goodtime Hotdog"

Nombor untuk dihubungi : 013-6919528 (Ainn) atau 018-4712889 (Irham)


Tuesday 31 January 2017

Kembali berniaga Goodtime Hotdog

OK..untuk entry sebelum ini saya dah ceritakan idea asal produk kami..

Untuk entry yang ini saya akan ceritakan bagaimana saya dan husband mula2 memulakan perniagaan kami.

Masa tu saya masih seorang Microbiologist di Pharmaniaga LifeScience Puchong manakala husband saya adalah pembantu akaun di HQ Seoul Garden.

Bila kami kerja makan gaji, hujung bulan selalu x cukup duit nak kumpul duit..mesti habis..kdg2 x smpai hujung bulan..huhu..

So, masa tu Allah bg ilham..duit kami dalam tangan ada RM150.00 je. Husband ckp, guna je sikit2, jimat2. Sy cakap mmg dah super kritikal RM150 di tengah bulan. So sy kata jom kita invest and buat bisnes. Husband redha je.

So, kami habiskan duit untuk beli brg2 sikit untuk berniaga. Cer teka kat mana kami berniaga mula2?

Kami g Dataran Putrajaya..ha..tempat org main skateboard and roller blade tu. Kami masa tu duduk Puchong, so dekat je nk ke dataran putrajaya tu.

Tp perniagaan makanan dilarang sebenarnya, tp kami redah ke..sy masa tu mengandung Dhia ul Haq 8 bulan. Tp alhamdulillah, pengalaman tu manis sangat untuk kami kenang sekarang. Sbbnya, org2 kat situ (peniaga lain) semua suka hotdog kami. Siap klau kami dtg tu dah tempah awl2 lg sbb takut habis. Masa tu dah mula excited berniaga..Di samping saya buat dropship batik serawak pun agak2 laju juga..

So, dipendekkan cerita, kami survive dengan duit hotdog kami yang sikit2 tu sehingga akhir bulan..wuuu..



Kemudian, kami dapat modal pusingan dan mula letak hotdog kami di kedai2 sekitar tempat kami tinggal. Di kedai kek, di kedai buku (dlm Tesco) dll..

Kami mmg bermula dengan zero. Kakak kedai kek tu yang minta kami beri invoice dan delivery order setiap kali penghantaran. Kami masa tu ingt je berapa kami hantar sebab baru dua outlet. And kakak tu kata nnt jika dah byk outlet mana kamu nak ingt. Masa tu dengar mcm cerita dongeng je.

Tp alhamdulillah kini kami dah ada lebih 15 outlet. Insyaallah.

Asal usul Goodtime Hotdog





Idea asal Goodtime Hotdog ni masa saya dan kwn saya Efa Elfrieda menyambung pengajian kami dlm peringkat master di UPM. Kami sebilik. Masa master ni ada time2 yang kami kehabisan biasiswa. Jadi, kami bun mula acah2 nak berniaga.

Modal asal kami hanya RM30 (RM15 seorang) dan kami mula buat hotdog (masa tu belum dinamakan) dan letak di bawah kolej2 kediaman. Penat juga kami berbisnes. Sbb tak ada peti ais, maka hotdog kami beli sikit2.

Susah juga jika berniaga di kolej, kena selalu kutip duit. Sebab jika lama sangat dibiarkan, hotdog habis, duit pun habis. huhu.

Jadi, banyak jugalah masa dan tenaga yang dikorbankan untuk perniagaan acah2 kami tu. Walaupun acah2 tapi satu pesan Efa yang saya ingat smpai sekarang. Dan saya jadikan asas perniagaan saya kini. Iaitu, jika kita berniaga makanan, KEBERSIHAN perlu kita utamakan. Kita perlu buat seolah2 untuk kita makan sendiri. Barulah berkat.

Genap sebulan kami berniaga acah2, kami pun tutup bisnes main2 kami tu. Untung yang kami dapat bersih untuk setiap seorang adalah RM130 seorang. Tanpa tambahan modal untuk semua kos sepanjang tempoh kami berniaga.

Begitulah ceritanya idea asal di sebalik produk kami ini.

Thanks to Efa :)