Tuesday 31 January 2017

Asal usul Goodtime Hotdog





Idea asal Goodtime Hotdog ni masa saya dan kwn saya Efa Elfrieda menyambung pengajian kami dlm peringkat master di UPM. Kami sebilik. Masa master ni ada time2 yang kami kehabisan biasiswa. Jadi, kami bun mula acah2 nak berniaga.

Modal asal kami hanya RM30 (RM15 seorang) dan kami mula buat hotdog (masa tu belum dinamakan) dan letak di bawah kolej2 kediaman. Penat juga kami berbisnes. Sbb tak ada peti ais, maka hotdog kami beli sikit2.

Susah juga jika berniaga di kolej, kena selalu kutip duit. Sebab jika lama sangat dibiarkan, hotdog habis, duit pun habis. huhu.

Jadi, banyak jugalah masa dan tenaga yang dikorbankan untuk perniagaan acah2 kami tu. Walaupun acah2 tapi satu pesan Efa yang saya ingat smpai sekarang. Dan saya jadikan asas perniagaan saya kini. Iaitu, jika kita berniaga makanan, KEBERSIHAN perlu kita utamakan. Kita perlu buat seolah2 untuk kita makan sendiri. Barulah berkat.

Genap sebulan kami berniaga acah2, kami pun tutup bisnes main2 kami tu. Untung yang kami dapat bersih untuk setiap seorang adalah RM130 seorang. Tanpa tambahan modal untuk semua kos sepanjang tempoh kami berniaga.

Begitulah ceritanya idea asal di sebalik produk kami ini.

Thanks to Efa :)


No comments:

Post a Comment